AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Karnival Walk With Me 2011
Sunday, June 5, 2011 • 1:15 PM • 6 comments



Karnival Walkathon D'Raja Kelantan 2011 merupakan satu program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi. Penganjuran karnival 'Walkathon' ini adalah lahir dari idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad V sendiri. Oleh itu, tagline "Walk With Me – MV" tercipta! "M" merujuk kepada Muhammad dan "V" merupakan angka lima, iaitu "ME-MV" ialah KDYMM Al-Sultan Muhammad V.

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mendekatkan KDYMM Al-Sultan Muhammad V dengan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim, di mana KDYMM Sultan Muhammad V sendiri turut menyertai acara Walkathon dan mencemar duli berjalan kaus bersama-sama rakyat jelata.

Karnival ini akan dianjurkan pada 3, 4, dan 5 Jun 2011. Acara walkathon ini juga dijangka dapat memecahkan rekod "Malaysia Book of Records", bagi kategori peserta walkathon teramai atau "unity walk".


Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.
Dan selamat pagi kepada semua orang.


Kelmarin pukul 6pm, ada satu aktiviti iaitu Walk-A-Thon sempena Karnival Walk With Me 2011 yang diketuai oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dah pun selamat berakhir.
Dan, seperti biasa, kalau ada aktiviti-aktiviti yang melibatkan tenaga, dan dikelilingi orang ramai atau lebih tepat definisinya, masyarakat macam ni aku suka melibatkan diri sama.
Aku rasa seronok gila bila buat kerja-kerja macam ini. Lebih-lebih lagi kalau dapat duit.
Ehh. Salah topik. Yang duit tu elaun aku buat kerja untuk MSSM kejap lagi. Wehee.
Takpa. Yang penting di sini adalah semangat aku nak buat kerja kemasyarakatan macam ni. Heeee.


Jadi, seramai 21,111 orang telah menjayakan Walk-A-Thon tersebut dan macam-macam lapisan masyarakat aku jumpa kelmarin.
Ada budak kecil yang baru setahun setengah mungkin, pun join juga. Ada perempuan entah dari mana pakai kain sarong. HAHA
Ada ke pakai kain sarong dengan t-shirt rasmi Walk With Me betul-betul di tengah lautan manusia berjalan tadi, selamber dekk saje dia berjalan dengan kain sarong.
Ada juga yang terus blah balik rumah kalau dah lalu tempat dia parking kereta. Tak payah susah-susah nak berjalan pergi tempat parking nanti dah habis acara. Haha.


Sepanjang 5 Kilo Meter tu, ada disediakan persembahan kebudayaan di sisi jalan, dan ada kelompok membahagikan air mineral dalam botol untuk para peserta.
Air free lar weh, aku pun ambil 3 botol sekaligus. Free kan, kalau ambil banyak-banyak nanti boleh simpan dalam peti woooo. Jimaaatttt.
Ada yang lebih teruk tu, ambil satu kotak terus buat balik rumah. Serius. Haha.
Pendek kata, aku rasa berbaloi sangat bila aku melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti macam ni.






Tahun ni memang aku aktif sikit dengan kemasyarakatan ni. Aku rasa dekat gitu dengan rakyat jelata.
Cewahh. Aku bercakap macam lah aku ni seorang pemimpin negara.
Rakyat jelata tu yang tak boleh blah. Haha.
Jadi, itu saje lah yang aku boleh ulas pasal aktiviti Walk-A-Thon sempena Karnival Walk With Me 2011.


Petang nanti bertugas untuk Majlis Sukan Sekolah Malaysia pula.
Mesti macam-macam orang aku jumpa nanti. Pelajar dari satu Malaysia lagi tu.
Berdepan dengan pelajar satu Kelantan masa MSSK haritu pon letih tahap dewa.
Ni kan pula satu Malaysia. Boleh gila aku kejap lagi. =____=


PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

Al-Kisah Adinda Milano Evans'.
Happy Birthday Hawiey! ♪
Penyakit Itu Penghapus Dosa.
Islam Dihina Lagi.
Fenomena Hantu Kak Limah.
Hawiey Nak Berhenti Berblog.
Fenomena Doodle Dodol.
Moral Blogger Malaysia Rendah.
Miss Malaysia Pondan?
Doodle Art Theft !