AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Al-Kisah Adinda Milano Evans'.
Friday, June 3, 2011 • 7:03 PM • 6 comments






Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.
Dan selamat petang kepada semua orang.


Tengok tajuk dah tahu kan nak cerita pasal apa?
Hampir semua blogger buat entry pasal ni.
Dah jadi fenomena bila ada saje topik hangat, terus ramai-ramai pakat buat entry.
Tapi, ramai blogger yang semakin kreatif. Kalau sebelum ini aku cakap, 'topik sama tajuk sama'.
Sekarang, blogger dah pandai buat tajuk lain daripada blogger lain.
Menarik hati aku nak baca post tu disebabkan tajuk, walaupun isi kandungan sama saje. Heee.


Tapi aku, tak nak cerita pasal budak tu.
Sebab, bagi aku, tak ada gunanya nak mencaci, maki hamun, marah-marah dia.
Mungkin dia kecil lagi, jadi perlu dibagi pandangan. Tapi, seperti yang dia cakap lah :


korng jgn nak memandai JUDGE aku smpai nak heboh-2 pasal aku . !


Bagi lah dia peluang nak bersihkan nama dia balik. Walaupun dia dah buat salah besar, tapi tak guna kita maki hamun dia.
Kita sendiri ada kelemahan diri. Nak kutuk orang pun, agak-agak lar.
Kita sebagai orang awam, masyarakat yang prihatin, perlu laporkan pada pihak tertentu.
Ini tidak, kita hukum dia, dera emosi dia. Bukan kata nak menegur, menasihati.


Kes-kes macam ni sebenarnya selalu membuka minda aku.
Banyak iktibar, pedoman, pengajaran dan pandangan orang ramai mengubah inisiatif diri kita.
Jadi, Hawiey minta sangat-sangat, janganlah nak maki hamun dia.
Memberi nasihat digalakkan. Tapi maki hamun tu tak perlu.





Remaja macam Adinda Milano Evans' ni, makin dimaki hamun makin liar jadinya.
Ibu bapa dia sendiri pun tak dapat nak kawal kalau dah hati dia remuk akibat rasa tertekan dengan apa yang berlaku.
Bukan 1 orang 2 orang marah dia, hampir semua pengguna Internet di Malaysia ni yang dah tahu kes ni.
Sebelum dia betul-betul jadi seliar-liarnya, berhenti lah marah dia.
Just, let go what she thinks she's right.


Aku tak menyebelahi pihak dia. Dan aku tak menyebelahi sesiapa pun. Aku cuma kesian dekat dia.
Dia seorang LAWAN beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta pengguna Internet yang marah dengan dia, boleh jadi gila dia. Silap hari bulan kang dia bunuh diri.
Rasanya, kalau dari awal bermulanya episod kes ni kita menasihati dia, dia akan rasa bersalah. Dia akan mula sedar diri.
Tapi itulah, rakyat Malaysia, suka menghukum tanpa usul periksa.



Lain orang, lain pendapat. :)


PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

Happy Birthday Hawiey! ♪
Penyakit Itu Penghapus Dosa.
Islam Dihina Lagi.
Fenomena Hantu Kak Limah.
Hawiey Nak Berhenti Berblog.
Fenomena Doodle Dodol.
Moral Blogger Malaysia Rendah.
Miss Malaysia Pondan?
Doodle Art Theft !
Kejohanan Balapan & Padang MSSD.