AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Moral Blogger Malaysia Rendah.
Wednesday, April 6, 2011 • 11:16 AM • 6 comments



BODOH !
YA ! AKU CAKAP KORANG BODOH !


Eh eh. Jangan marah. Baca dulu apa yang aku nak tulis. Ok?
Aku berani kata korang ni, memang bermoral rendah tahap siput sedut.
Kalau korang seperti yang aku katakan tu, sila ubah kendiri anda.
Kalau macam ni lah perangai songeh rakyat Malaysia, kita punya negara akan jatuh di pandangan dunia tahu?


Perhatian : bukan semua Blogger Malaysia kita bermoral rendah. Hanya segelintir yang dimaksudkan, mempunyai, err tekanan emosi mungkin? Lalala~


Kenapa aku cakap Blogger Malaysia kita mempunyai moral yang rendah?
Hah. Ni nak cerita lah ni. Tapi, benda ni kita tak boleh nak salah kan siapa-siapa.
Dan aku pun tak nak tunding tunjuk jari situ sini - tuduh dia itu dia ini. Ok?
Korang buat tafsiran korang sendiri. Korang fikir sendiri. Ada otak kan? Mestilah ada kan?


Ni kes baru aku detect, mungkin tak baru. Tapi yang ni jelas terang tang tang sampai orang luar pun cakap kita punya sensitiviti terlalu kurang.
Kes apa? Kes blogger kita sedap duk mengata, mengutuk, menghina siap dengan perkataan yang tak sepatutnya kita cakap, sebut, tulis, ucap, dan kata.
Ni hah contoh manusia yang tidak sayang negara, manusia yang menjatuhkan nama Malaysia.



screenshot kutukan hinaan para Blogger Malaysia di cbox Little Nubs-Nub.



Wah. Cantik kan bahasa dia? Mulia sungguh kan bahasa dia?
Comey senggoti kalu ore kelate oyak.
Siap letak link ke sebuah laman web porn lagi. Memang cerdik sungguh kan Blogger Malaysia kita?
Ok ok. Mungkin korang kata, korang tak berniat nak mengutuk sebegitu.
Dan mungkin korang pun ada sebab tersendiri kenapa korang menaip macam tu.


Tak dinafikan juga, ada blogger kita yang menggunakan bahasa yang elok. Tapi, kenapa ada manusia yang cerdik pandai menggunakan bahasa yang tak elok juga?
Mungkin korang rasa bukan salah korang pun mencuri doodle dodol tersebut, dah jumpa dalam Pak Cik Google Handsome kan?
Yang tu, tak boleh dibincangkan. Atas apa yang korang sendiri fikir.


Tapi patut ke perkara dalam gambar di atas tu berlaku?
Tak. Memang tak ! Orang macam ni aku senang panggil bermoral rendah.
Diorang punya kepekaan kurang, kesedaran diri kurang.
Ini betul-betul masalah besar. Masalah jiwa. Masalah tak sayangkan diri sendiri, kurang sensitif dengan perasaan orang. Memang, ini masalah besar.


So, mungkin sesetengah dari korang dah pun insaf, dan sedar bahawasanya jenayah siber boleh berlaku tanpa kita sedar. Ya. Memang tanpa kita sedar.
Jadi, lain kali, berhati-hati dengan apa yang kita buat dan ucap.
Fikir dulu sebelum buat. Jangan hipokrit, pentingkan diri sendiri.
Setiap apa yang kita buat, pasti akan menghasilkan buah.


Contoh,, manusia-manusia yang cantik budi bahasanya seperti di atas tu.
Diorang kutuk orang, orang kutuk dia balik.
So, terbukti kan bahawa setiap apa yang kita buat, pasti akan menghasilkan buah.


Jadi, jangan marah kalau aku cakap Blogger Malaysia Bermoral Rendah.
Ubah sikap, fikir perasaan orang. Ok?

Tapi aku akui, aku pun turut mempunyai moral yang rendah hasil tertaipnya perkataan BODOH di atas. Tiada siapa yang sempurna.
Boleh dimaafkan kan? Teheeee~


PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

Miss Malaysia Pondan?
Doodle Art Theft !
Kejohanan Balapan & Padang MSSD.
Planet Baru - Kiamat 2012 ?
flavors.me - senarai networks?
pink-nya !
pendakap gigi - keperluan atau trend ?
valentine's day VS maulidur rasul.
aku dan high heel !
jom cakap pasal jodoh !