AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Fenomena Doodle Dodol.
Saturday, April 9, 2011 • 2:51 PM • 0 comments



Hello semua-semua orang.
Apa khabar? Sihat?
Tak sihat? Sihat? Tak sihat? Sihat?



wahaaa. muka pon tak ada lagi. -_-


Ok. Abaikan. Aku agak keletihan sikit dua tiga hari lepas.
Sebab penat melukis dan buat doodle bagai.
Gambar atas tu hah, tak siap lagi. Sedang menyiapkannya. Penat gila.
Eh. Tak tak. Tu bukan Doodle, tapi Chibi. Ada perbezaan kat situ, ok?
Perbezaan apa? Ok, meh nak cerita. Di samping aku tengok, Doodle Dodol ni sedang hangat menjadi gosip bualan para Blogger Malaysia susulan kes culik-menculik hari itu. Hahah.


Aku akan buat perbezaan di anatara CHIBI dengan DOODLE saje.
Sebab? Sebab benda ni yang paling hot bila masa kekecohan yang berlaku hari itu.
Benda ni lah yang korang culik PINJAM hari tu. Tapi ada dua jenis lukisan yang korang curi.
Contoh? Ok. Yang kiri adalah Chibi, yang kiri adalah Doodle.



kredit untuk diri sendiri.
 maaf atas kehodohan doodle tu. aku tak expert dalam doodle. -.-



So, disini, tanpa sedar korang dah pon mencuri dua keping lukisan berlainan.
Doodle dan Chibi. Err. Kalau korang tanya Tumblr Artist atau DevianArt Artist, antara dua jenis ni, yang mana lebih diorang marah kalau korang guna tanpa kredit. Diorang akan kata Chibi. Sebab apa? Sebab....................


Kalau Doodle, ye kawan-kawan, semua orang boleh buat. Tak ada kepakaran pon boleh buat.
Tak ada Photoshop bagai pon boleh buat. Guna paint je pon boleh buat.
Doodle tidak memerlukan lineart atau apa orang panggil, garisan tepi untuk membentuk lukisan tu yang accurate atau tepat atau nipis supaya nampak kemas. Tak. Ok?
Doodle adalah satu seni yang tebal, yang menggunakan warna pastel dan agak kebudak-budakkan sikit ye?
Itu Doodle ye kawan-kawan? Jangan salah tafsir.
Doodle ni benda senang, simple dan tidak memerlukan masa yang panjang.


Kalau Chibi pula, ye kawan-kawan, adalah satu perkara yang susah.
Sangat susah nak buat. Konsentrasi yang lebih diperlukan masa buat benda ni.
Cuba tengok yang contoh Chibi kat bawah ni yang pernah korang culik. Agak-agak, mampu tak korang tercenguk macam tenuk nak menghasilkan seni sebegini rupa?
Aku punya chibi pun boleh dikatakan simple, tapi susah nak menghasilkannya. Apatahlagi yang advance macam ni.
Tapi aku respect pada orang yang buat Chibi bawah ni. Sebab dia punya kesabaran tinggi.



I already asked *RibbonHeart the owner of the art to used his/her arts as an example. 
no offence, please. :)



Tumblr Artist dan DevianArt Artist marah sangat kalau orang curi diorang punya seni melainkan Doodle.
Sebab, seperti yang aku cakap, doodle sangat senang dan mudah nak buat.


Tapi, tak kesah lah tu. Benda dah berlalu, korang pon dah insaf kan, kan? Haha.
Aku tengok pon kan, makin ramai blogger yang suka buat doodle.
Aku berblogwalk ada dalam 50blog sehari, kalau internet laju lagi banyak.
Setiap kali aku berblogwalk, mesti ada 1-2-3 blog yang buat entry pasal doodle yang dia buat.


Bagus lah tu, kan? Belajar dari kesilapan dan mengambil kesempatan belajar cara nak buat doodle sendiri.
Ada orang suruh aku buat tutorial, tapi maaf ye. Belum masanya lagi. Banyak sangat request di PlayFish Forum sampai aku tak terdaya dah nak buat.
Daaaaan, barang-barang melukis aku habis hilang. Nasib bahan lukisan untuk Engineering Drawing aku tak hilang sama. =.=


Jadi, apakata kalau kita rakyat Malaysia, Blogger Malaysia yang gemar sangat dengan benda doodle dodol ni belajar buat doodle sendiri?
Kita cipta budaya yang tersendiri. Budaya melukis doodle.
Lepas ni dah tak payah gatal-gatal nak curi dodol orang pula !
Tengok dan ambil idea boleh lah, ok?





PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

Moral Blogger Malaysia Rendah.
Miss Malaysia Pondan?
Doodle Art Theft !
Kejohanan Balapan & Padang MSSD.
Planet Baru - Kiamat 2012 ?
flavors.me - senarai networks?
pink-nya !
pendakap gigi - keperluan atau trend ?
valentine's day VS maulidur rasul.
aku dan high heel !