AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
pendakap gigi - keperluan atau trend ?
Saturday, February 19, 2011 • 5:48 PM • 0 comments



yeah. hari ni kita cakap pasal, pendakap gigi atau kawat besi atau braces atau braces teeth atau gigi berpagar besi.


aku sendiri ni pun bakal pakai braces, err untuk baiki sedikit kecacatan diri aku ni.
aku ada sorang kawan, entah apa yang tak kena dengan gigi dia, tapi gatal nak pakai braces.
dan, kebanyakkan gadis sekarang pakai braces bertujuan hanya nak menunjuk-nunjuk dan juga sebagai aksesori wajah.
and yes, setengah orang akan anggap yang orang yang pakai braces adalah orang kaya / loaded.
dan tu adalah salah satu faktor kenapa ada gadis yang gaaatttaaaaal sangat nak pakai braces walau dia tu tak ada kecacatan macam sesetengah orang.






bagi yang pakai braces, korang mesti pernah ditanya bertubi-tubi tentang braces kan? antaranya -


1) sakit tak?
2) mahal ke? murah ke?
3) cabut gigi berapa batang?
4) kau makan bubur saje lah, ye?


hah. tu soalan yang sering diulang tanya oleh 'peminat-peminat si pemakai braces'
aku tau lah sebab aku pun suka tanya soalan-soalan tu pada pemakai braces. haha.
dan, yesh, sebenarnya aku masih tak pasti, kenapa orang yang gatal sesuka nak pakai braces tu sanggup mengambil risiko.
bukan apa, banyak perkara yang perlu diambil berat dalam pemakaian, keberkesanan dan penjagaan alat berkenaan.

eh. sebenarnya, korang tau tak apa sebenarnya fungsi alat yang dikenali sebagai braces ini ?
well, tak tahu kan? actually, braces adalah

satu alat yang digunakan untuk menyusun kedudukan gigi supaya berada di tempat yang sepatutnya atau sesuai.

so, kat sini, aku bagitahu langkah-langkah proses kejadian pemakaian braces, oke? lalala~


nota : langkah-langkah dibawah mungkin berlainan dengan individu lain. yang dibawah ni, mengikut treatment umum saje.

langkah satu ;

so, firstly, anda semua kena buat satu temujanji dengan mana-mana klinik pergigian swasta atau hospital swasta kalau nak cepat. kalau nak lambat, sila daftarkan diri anda di hospital kerajaan sebab waktu korang baru buleh dapatkan first treatment adalah selama 4-5 tahun.
ye, ye. lama kan? -.-''


semasa menghadiri temujanji yang pertama, biasanya doktor akan membersihkan gigi daripada plak (tahi gigi anda ) serta kaviti yang berseronok menguasai mulut anda,
dengan melakukan SCALLING ! 
korang mesti tau apa tu scalling. alah. benda yang sangat sakit tu, oke!
rasa ngilu sedaaaaap gitu, tau?


lepas tu, korang dan buleh balik dan tunggu next appointment yang mengambil
masa selama 1-3 bulan. -.-''



langkah dua ;

untuk appointment kedua, doktor akan memeriksa kebersihan dan masalah gigi yang korang hadapi.
setelah membuat beberapa catatan, korang akan diberitahu next step iaitu mengambil xray untuk melihat sudut depan dan sisi mulut korang.


lepas tu, korang kena buat acuan gigi. lepas tu, doktor akan, hmm mengenal pasti gigi mana yang perlu ditanggalkan atau dihilangkan atau dicabutkan atau disingkirkan dari mulut korang. semestinya, disertakan dengan suntikan bius di gusi korang. hahaha.



taste just like bubblegum! ;D



oh. bagi sesetengah orang yang mempunyai gigi berlapis lapis, doktor akan konsul korang untuk buat pembedahan kecil. dia akan 'buka' sikit gusi korang untuk buang gigi berlapis. haha. sakit tuh. 
dan, YANG PASTI, setiap orang yang nak pakai braces diWAJIBkan mencabut gigi. 
berapa batang gigi yang kena cabut? depends atas keadaan gigi korang. ada orang kena 2 saje, ada kena 4.


langkah tiga ;


so, tibalah masa untuk mencabut gigi. haha. bagi yang kena operate, operate lah anda.
bagi yang mencabut, cabutlah anda. tapi, setahu aku, kalu orang yang kena operate, dia takkan cabut sekaligus dengan yang cabutan normal tu. entah. not to be confirmed until aku sendiri mengalaminya bulan depan. yeahyeah. haha.


lepas dicabut, korang akan dibagi masa selama 2minggu paling cepat untuk next appointment.


langkah empat ;


yeah. tibalah masa untuk korang memakai braces tu.
dan sekali lagi, sebelum korang pakai tu, doktor akan membersihkan gigi korang lagi, dan scalling yang pastinya.
lepas sesi membersih tandas mulut korang, barulah proses pemakaian braces bermula.


firstly, doktor akan pasang  besi / bracket. proses ini memakan masa lebih kurang 30minit sehingga 1jam. 
besi / bracket yang kecil ni akan dipasang di setiap gigi yang berada di mulut anda. proses ni memang leceh, dan buleh wat orang gila sebab kena tampal satu-satu di SETIAP gigi. nak tampal tu pulak bukan senang. banyak peralatan yang dia guna, tambah pulak dengan keJENUHan nak menunggu siap. 
daaan, pemakaian benda ni memerlukan komitmen yang lebih serta tinggi melambung lambung dari si pemakai. err, sebab ni -






dah siap pasang segala besi yang perlu, barulah dawai diikat. dawai ini akan diukur mengikut kepanjangan yang sesuai dengan gigi anda dan kemudiannya diikat dengan getah / elastomerics yang sangat kecil yang ada macam macam warna. ( warna getah / elastomerics buleh dipilih ). aku perasan, ramai orang menganggap benda yang berwarna tu besi. tapi, sebenarnya getah / elastomerics, yang mengikat dawai. dan, getah ini akan ditukar setiap bulan atau sekali 2 bulan kerana keelastikkanya akan hilang dalam tempoh disebut. dawai juga turut ditukar, tetapi tidak sekerap getah.








anda dinasihatkan supaya tidak memilih warna putih sebab, bila anda makan kari atau asam pedas, getah yang berwarna putih tu akan bertukar menjadi warna kuning atau merah. ini, err sangat menjijikan. OK?


daaaaaaan, siap sesi pemakaian ! yeahyeah !




setelah itu, anda akan di'kaunseling'kan oleh doktor tentang braces. 
tentang cara penjagaan, cara pemakanan dan tentang semua benda yang tak boleh anda buat yang dia akan bagitahu nanti. haha.


langkah lima ;




ini adalah proses dimana braces anda akan dibuang. err. aku tak tahu nak bagitahu macam mana cara cara doktor buang benda ni.
yang pasti dan mesti, step by step la kan?
apa yang buleh aku simpulkan, perasaan time nak buang ni bercampur aduk.





suka sebab gigiku pasti tersusun.
gembira sebab senyumanku pasti menawan.
duka sebab terpaksa berpisah dengan braces.
sakit sebab menahan sakit lah kan?






langkah enam ;


selepas membuang braces, perjalanan anda dalam pemakaian ini belum selesai. ok ok?
sebab, korang kena lah pakai retainer. 
err, kenapa kena pakai retainer? sebab, nanti korang kena 'teeth shock'. faham-faham lah. nanti kang tak fasal-fasal gigi korang kembali ke bentuk asal bila tetiba saje braces tu ditanggalkan. fungsi retainer banyak dan ada banyak jenis. 
ada juga orang sebelum pakai braces dia kena pakai retainer dulu. sebab apa? entah. tanya orang yang pernah kena lah.
retainer akan membuat anda pelat, mestilah kan, dan err dan macam macam lagi.
benda ni juga perlu dijaga dengan rapi serta dipakai setiap masa.








kesan ;


dah setel pakai braces semua semua, doktor akan bagi pesanan yang banyak sangat sampaikan kita akan terlupa. terutama dalam bab pemakanan. kalau tak ikut pantang larang yang diberi doktor, tak mustahil besi yang telah digam kuat itu akan tercabut. haha. dan antara pesanan doktor -


  •  jangan duk gatal gatal nak menggesel-esel lidah dan bibir pada gigi / besi. sebab, ini buleh mendatangkan ulser bibir. haha.
  • dah tak buleh makan makanan yang sedap sedap dah. means, err kena makan benda yang berasaskan air sahaja seperti sup dan bubur dalam 2 - 3 bulan sahaja.
  • jangan pandai-pandai nak makan chewing gum
  • jangan kunyah benda keras. nak makan gak, cubik kecil kecil dan lembutkan makanan yang keras tu. haha.
  • kalau nak makan daging, cincai kecil kecil dan halus halus
  • jangan makan buah epal sebijik terus sebab nanti roboh pagar besi


..............................................


Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud, "perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik". Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan.(Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ). Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain. 












kesimpulannya, pendakap gigi boleh digunakan jika keadaan gigi itu memang mengaibkan kita sampai mendatangkan fitnah buat diri kita TETAPI tak boleh dipakai jika dengan niat untuk melawa dan mengubah kejadian asal.


Allahu a'lam.




sources ; mr google googling.


PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

valentine's day VS maulidur rasul.
aku dan high heel !
jom cakap pasal jodoh !
happy arnab chinese new year !
aku kembali sudah !
brother louie & jakarta, here I come !
geram nya !
Result PMR ?
happy korban !
OXCEL Youth Leadership Programme With Malaysian As...