AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
jom cakap pasal jodoh !
Friday, February 11, 2011 • 12:39 PM • 1 comments



wah. menarik kan tajuk di atas?
bersempena Valentine's Day yang haram kejadah tu, aku nak sembang kosong pasal jodoh lah.
umum, semua tahu, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
dan jodoh tak datang bergolek-golek kat kita kan? dan kadangkala kita sendiri pon tak sedar yang jodoh cinta dan bagai ada depan kita tanpa disedari.
dan orang tua-tua kata, jika tak dicari, maka tak jumpa.
wah. ala-ala ayat hypothesis gitu



Nabi Muhammad saw. pernah bersabda, "Orang menikah (suka) kepada wanita itu karena empat perkara. Karena hartanya, karena bangsanya, karena cantiknya, dan karena agamanya. Maka nikahilah wanita yang beragama, niscaya engkau akan beruntung". (H.R. Bukhari).


dalam usia aku sebegini, sekarang ni lah waktu yang sesuai untuk aku mencari.
maksud aku, masa ni lah yang sesuai untuk kita mengambil berat dan tahu dan selami hati budi orang lelaki.
tak kan nanti dah kerja baru kita hendak ketahui yang lelaki ni perangai dia macam ni, macam tu.
sepatutnya kita dah sedar apa yang lelaki kita nak dan lelaki yang secocok dengan perangai, sifat dan sikap kita melalui pemerhatian dan kajian yang sepatutnya kita buat. tak gitu, saudara, saudari?
aku pasti, tak semua tahu apa yang lelaki hendak pada seorang wanita.
memang, aku ade lah pengalaman dalam bidang ni. hoho.
tapi, ianya satu perkara yang.... tak matang bagi aku pada usia ni.
dan aku selalu akan anggap ni satu, permainan hidup dalam seusia sejagung ni.





mesti semua orang dah tahu, yang selalunya pelajar remaja yang dalam linkungan 14 tahun - 17 tahun, yang masih bersekolah selalunya lah, konfirm ade boyfriend / girlfriend atau at least pernah bercinta sekali-dua.
aku confessed yang aku pernah terjebak. tapi, dah serik la kot.
bukan sebab aku bosan - aku ni jenis yang setia dan sanggup tunggu bertahun-tahun k?
tapi, entah laa. tak sehaluan kot. kami bersama, hampir 2 tahun.
mungkin, aku ni ah yang tak kenal lagi hati orang lelaki.
tambah-tambah pula di usia yang, orang kata, mulut bau susu lagi. hoho.
apa yang aku nak ketengahkan adalah, hati kita ni tak kenal hati seseorang tu.
dan dari permasalahan tu lah, yang kekadang tu bergaduh bagai nak ribut.


aku nak cerita sikit pasal cinta itu menyakitkan.
ada kawan aku sorang ni. dulu kawan baik, tapi sekarang ni putus persahabatan.
bergaduh sebab dia amik hamlet saya.
hamlet - anda tau apakah benda itu?
alah. hamlet tu makanan. yang ade isi kaya dan telur.
ye. bergaduh sebab makanan. memang kebudak-budakan, kan? haha.


so, dia ni, buleh dijadikan contoh manusia, " gila cinta ".
2-3 bulan bercinta dengan mamat A. bercinta pula dengan mamat B.
putus dengan mamat B, bercinta pulak dengan mamat C.
entah laaa. aku pon tak faham juga.
dan, yang paling aku terkezut beruk, bila dia datang sekolah dengan luka di lengan.
dengan perkataan " I love You ".
maksud aku, ala-ala macam ni -



gambar dipinjam dari encik google googling



eii. tak ke cinta itu menyakitkan walaupun sebenarnya indah?
aku tak faham motif dia buat macam tu sebenarnya.
menunjuk-nunjuk kah? atau nak meng-expresskan perasaan dia kah?
entah. semuanya terletak di hati beliau.
dan yang lebih lagi, dia boleh bangga dengan apa yang dia buat.
yang aku heran sekali, macam mana dia dapat bercinta then putus then bercinta then putus balik?
jom kita fikir sama-sama nak? nak nak nak?
kalau aku kan, sumpah aku tak buat macam tu.
rasa malu kat diri ni tau. belum lagi dengan kawan-kawan.
tak ke nampak macam kita ni perempuan murahan?


sampai sini saje lah entri untuk sekarang.
last, but not least,


Thomas Edison, Happy 164th Birthday !
tanpa anda, maka, tiadalah benda ini -




PASTFUTURE



Hate me? Click here.






www.reliablecounter.com





WELCOME ;


Amirah Hawa. 22 years old. Kuala Lumpur.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



empty ;

empty


FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

happy arnab chinese new year !
aku kembali sudah !
brother louie & jakarta, here I come !
geram nya !
Result PMR ?
happy korban !
OXCEL Youth Leadership Programme With Malaysian As...