AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Produk-produk menghilangkan parut degil dan sombong!
Tuesday, June 30, 2015 • 10:40 PM • 1 comments


Eh, aku sendiri pun agak banyak parut di muka--- kesan-kesan jerawats kau! Siapa je yang tak sakit hati tengok mak aii, jerawats dah tak ada tapi parut pulak menyibuk bertempek di kulit muka. Rasa gelap kusam je kulit muka kan? Banyak produk menghilangkan parut di pasaran yang mudah didapati. Parut pula banyak jenis parut. Bukan senang hadek dan hakak, nak hilangkan parut. Hanya orang yang ada parut je memahami kesukaran itu. Hohohohoh *gelak Sheila Rusly


Haaaa, entri kali ni, meh nak cerita sikit pasal produk-produk berkesan bagi menghilangkan parut-parut degil dan sombong di muka dan badan. Yang aku senaraikan ni semua produk yang pernah aku cuba untuk hilangkan parut di muka akibat perbuatan jahat jerawats yang berani meninggalkan kesan pembiakan beliau di kulit muka aku.



1) AZANIS ( SKIN SPECIALIST ) SCAR SERUM






Haaaa, kalau korang pengguna tegar laman sosial Facebook dan Instagram mesti ada ternampak, terserempak, terjumpa gambar dan iklan pasal produk ni. Utusan Malaysia, TV3, radio, majalah-- you name it. Azanis Scar Serum dah jadi produk viral di media sosial.


Azanis ( Skin Specialist ) Scar Serum ni-- aku sendiri pun guna. Alhamdulillah, hanya dengan penggunaan 1 botol Azanis Scar Serum pun aku dah nampak kesannya, parut jerawat di muka aku pun sudah semakin pudar. InsyaAllah, lepasni aku akan teruskan penggunaan Azanis Scar Serum. Hmmm tak sabar nak beli botol yg kedua. Wihihihihi Wohohoh





Aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi serious aa, memang banyak sangat keistimewaan Azanis Scar Serum ni. Sekali pandang pembungkusannya pun dah tahu, ini bukan calang-calang produk. Dan aku terpaksa akui, Azanis Scar Serum banyak membantu aku dalam menghapuskan parut degil kat muka aku ni.


Haaa, dengan wajah yang baru-- Azanis Scar Serum 3 kali lebih pantas, efektif dan berkesan, berkesan seakan magik!!!!!






Diluluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan! Produk ni juga dikatakan telah menjadi satu trend di Malaysia dan merupakan produk No. 1 di Malaysia yang berkemampuan menghilangkan parut seawal 3 minggu sehinggakan ramai pelanggan yang repeat order memandangkan dari segi harga, ianya murah dan berpatutan sedangkan teknologi serum biasanya berharga ratusan ringgit.




2) BIO OIL



Okay, siapa tak kenal Bio Oil, erkk mesti hidup di planet asing kan? Aku ingat lagi, iklan Bio Oil di TV hampir tiap-tiap hari aku tengok, iklan-iklan di suratkhabar, majalah dengan testimoni-nya. Bio Oil sangat terkenal di kalangan ibu-ibu berpantang ye tuan puan untuk menghilangkan stretch marks dengan berkesan. Hohohoho *gelak Sheila Rusly lagi sekali


Hah, bagi yang tak tahu, pencipta Bio Oil juga dah pun lancarkan produk penjagaan kulit yang semestinya berasaskan minyak iaitu LIPIDOL. LIPIDOL ni aku dah cuba guna, awal-awal penggunaan memang elok tapi lama-lama macam leceh pula sebab minyak kan, tak ngam bilamana air termasuk dalam botol wakakakaka


Bio Oil ni berasaskan minyak. Dan sepanjang penggunaan aku, memang muka atau bahagian yg ditaruk Bio Oil ni akan terasa berminyak dan melekit-lekit. Seingat aku lah, disebabkan berminyak lah aku hentikan penggunaan. Satu botol kecil tu pun belum habis lagi huhuhu




3) HIRUSCAR GEL



Aku pernah beli Hiruscar Gel ni yang saiz paling kecil sebab nak cuba lah katakan. Tapi.. hurm, mungkin pada orang lain berkesan, pada aku tak memberi kesan. Dan, hmm agak berbau sikit la ye, pun sama, terasa melekit-lekit haha. Keberkesanannya memerlukan sekurang-kurangnya 4-6 bulan-- bergantung pada saiz dan jenis parut.


Dari segi harga, pada aku harganya mahal dan kandungannya pun tak banyak. Boleh didapati di drugstore ( Watsons, Guardian ) dan farmasi tentunya.

..........................................


Setakat ini, 3 produk ni je pernah aku guna untuk atasi masalah parut jerawat di muka. Ada banyak lagi produk-produk lain seperti-- Cica Care, Mederma, Dermatix dan lain-lain.


Tapi, antara ketiga-tiga produk menghilangkan parut yang pernah aku guna, Azanis Scar Serum paling terbaik buat masa ini. Harganya sangat mampu milik, terbukti ramai pengguna yang repeat order ( aku sendiri pun repeat order wahaha ), dan kesannya juga wow mengkagumkan! Dan dalam banyak-banyak serum pernah aku cuba, Azanis Scar Serum telah berjaya menawan hati aku cewah~


Sebagai pengguna yang berkepenggunaan, pandai-pandailah kita menafsir baik buruk sesuatu produk itu berdasarkan testimoni dan review orang ramai ye :)




PASTFUTURE



Hate me? Click here.








WELCOME ;


Amirah Hawa. 20 years old. IIUM, Gombak.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



ASK.FM ;



FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

26 May 2015 ❤
13th May 2015 ❤
#BloggerTalk ll Siapa Ibu Saya?
May 5th 2015 ❤
#BloggerTalk ll Ciri-ciri Pasangan Idaman
SAKURA CANDY Beucure ll Sakura Japan Extract
#BloggerTalk ll 5 perkara menarik tentang Kelantan...
I have decided to be HAPPY!
Eh, dah 2 tahun tak update blog.
Orang Lidi Paling Comel Di Dunia.