AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
#BloggerTalk ll 5 perkara menarik tentang Kelantan
Thursday, April 9, 2015 • 7:01 PM • 2 comments





Okay, cukup 365 hari aku tak update blog. Sebenarnya kan, aku tak ada sebab untuk update blog since aku dah mula terlampau busy dengan kehidupan beberapa tahun lepas. InsyaAllah, dengan adanya segmen #BloggerTalk oleh group Sahabat Blogger, sekurang-kurangnya ada sebab untuk aku update blog.

Sebelum aku mulakan bercerita tentang topik #BloggerTalk sulung aku ni, aku rasa semua tahu akan kehebatan negeri kelahiran aku, Kelantan Darul Naim. Aku dilahirkan dan membesar di Kota Bharu, Kelantan atau juga dikenali sebagai negeri Che Siti Wan Kembang. Serious aku cakap, memang tak boleh sangkal keunggulan negeri Serambi Mekah ni.









1) Makanan Tradisional

Bab makanan rasanya tak perlu dihebah lagi kot. Setiap wilayah di Malaysia ada makanan warisannya tersendiri yang pelbagai dan padat. Kelantan cukup sinonim dengan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang, Nasi Kak Wok, Laksam, eh, yang penting sekali, BUDU! Buke ore kelate la mung tok reti make Budu gak. 

Kelantan merupakan antara negeri yang kaya dengan makanan. Kat Kelantan ni bersepah-sepah kedai makan. Boleh kelabu mata sakit kepala beb pikir nak makan kat mana sebab terlampau banyak kedai makan. Aku paling suka bila aku berada di Kelantan sebab macam-macam aku boleh melantak. Maggi Ketam, Maggi Tiram, Sup Perut Air Asam, Ais Krim Kelapa. Aaaa kecur liur aku! Aku nak taip satu-satu nama kuih muih tradisional Kelantan pun aiyoo, banyak sangat der. 

Sini aku sertakan senarai kedai-kedai makan menarik di Kelantan. Semua kedai makan yang dipaparkan tu semuanya aku dah pernah cuba dan semuanya dah jadi tempat makan favourite aku. Dan serious aku cakap, kedai-kedai tu semua tempat makan yang terbaik di Kota Bharu, Kelantan. Wajib cuba!





2) Dialek/Loghat Bahasa


Ye, betul setiap negeri ada dialek bahasanya sendiri. Tapi bagi aku, dialek Kelantan paling unik dan best sebab nak terjemahkan satu satu perkataan tu bukan senang ye. Kawan-kawan aku selalu suruh aku kecek Kelate sebab mungkin dia orang seronok kot dengar bahasa yang tidak dapat mereka fahami. Aku rasa, loghat Kelantan paling susah untuk difahami, selain dialek Sabah dan Sarawak.

Mula-mula aku membiasakan diri untuk bercakap 'luar' ( Bahasa Melayu tanpa loghat/dialek gituu ) memang selalu terkeluar dialek Kelantan tapi sekarang, orang pun dah tak dapat nak teka aku asal dari negeri mana. Tapi, ye la, kadang-kadang tu ada la juga tersasul satu dua perkataan. Hihihi







3) Orang-orang Tempatan

Aku berani cakap, orang-orang Kelantan memang jenis berpuak terutamanya dari segi bahasa dan adat budaya. Memang benar pendapat orang ramai mengatakan sikap berpuak-puak rakyat Kelantan ini. Tapi hanya segelintir daripada mereka sahaja. 

Perbezaan yang paling ketara bilamana seseorang rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain, adalah dari segi komunikasi. Bukan semua anak jati Kelantan mampu mengubah loghat Kelantannya walaupun bukan berada di Kelantan menjadikan pergaulan mereka dengan mereka yang senegeri menyelesakan dan menyenangkan mereka. Semangat anak jati Kelantan memang tebal, tapi itu bukan bermakna mereka-mereka ini teruk. Jangan pandang dan nilai negatif pada rakyat Kelantan hanya kerana mereka bersifat Assabiyah.

Aku tak rasa benda sebegini sesuatu yang menarik untuk di-highlitekan. Tapi, aku rasa ini strong point yang Kelantan ada berbanding negeri-negeri lain justeru menjadikan Kelantan sebuah negeri yang disegani dan digeruni. Ewahhh




4) Pusat Membeli-Belah

Kat Kelantan ni kau tak payah susah-susah cari tempat untuk menghabiskan duit kau. Kompleks Membeli-Belah KBMALL ada, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang ada, Pasar Siti Khadijah yang sah-sah kau wajib lawati, Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang terkenal itu, tu belum lagi kau masuk Bazar Tok Guru. Dan nasihat aku, bila kau shopping di Kelantan, cuba tawar-menawar dengan peniaga. Peniaga-peniaga kat sini memang tak lokek menurunkan harga barang.




5) Tempat-Tempat Menarik

Serious aku tak tahu macam mana nak cakap hal ni sebab semua tahu Kelantan memang banyak tempat menarik. Pantai, gunung dan bukit, rekreasi hutan lipur dan air terjun, pusat kesenian, tempat bersejarah. Tapi aku rasa yang paling menjadi tarikan adalah pantai kot. Antara pantai yang wajib kau orang pergi adalah Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Bisikan Bayu.

Untuk mereka-mereka yang ada perancangan untuk bercuti/melawat Kelantan, aku cadangkan baca 'cadangan percutian di Kelantan' ini sebagai rujukan percutian/pelancongan kau orang harr.




Oktober 2014 - Mustafa Kemal Atatürk Maosoleum, Ankara, Turkey









PASTFUTURE



Hate me? Click here.








WELCOME ;


Amirah Hawa. 20 years old. IIUM, Gombak.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



ASK.FM ;



FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

I have decided to be HAPPY!
Eh, dah 2 tahun tak update blog.
Orang Lidi Paling Comel Di Dunia.
Malaysia's Next Top Female Blogger!
Wordless Hari Raya.
Wordless Wednesday # 1
Karnival Walk With Me 2011.
Al-Kisah Adinda Milano Evans'.
Dutch Lady Milk Election 2011.
Hawiey Tak Pandai Ber-Twitter.