AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
Penyakit Itu Penghapus Dosa.
Wednesday, May 4, 2011 • 5:32 PM • 0 comments



Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.
Dan selamat petang kepada semua.


Hurm. Aku tak nak cakap banyak. Sebab, aku rasa letih dan penat sangat.
Akhir-akhir ni, banyak sungguh penyakit yang aku dapat.
Tapi aku tak ambil pusing sangat, sebab setiap kali aku sakit, aku akan kata
" penyakit itu penghapus dosa "
Itu yang aku terap dalam diri sejak aku faham situasi dunia sekarang ni.


Bila difikir-fikir semula, memang betul, penyakit itu penghapus dosa.
Bila kita dikurniakan kesihatan tubuh badan, kita sering lalai, leka, alpa dengan kehidupan dunia.
Bila dapat sakit, baru lah kita sedar, betapa banyaknya kemungkaran dah kita buat.
Bila dah dapat sakit, barulah kita hargai erti SIHAT, kan?


Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab baginda, “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”
Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Jawab baginda: “Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)



Tapi kan, ada macam-macam juga ragam manusia bila dah kena sakit.
Ada yang moody semacam, ada yang tidur 24 jam, ada yang melenting tak tentu pasal, ada yang ulang-alik sana sini, ada yang suka pergi shopping mall.
Pendek kata, lain orang lain ragam. Macam aku, aku akan jadi pelupa yang teruk dan bodoh semacam saje. Haha.
Tapi, ada juga kes, bila kita dapat sakit, masa tu lah kita kenal siapa diri kita.


Semua apa yang terjadi, ada hikmahnya. Sakit dan musibah tu adalah takdir Allah.
Kita wajib bersabar dan redho apabila ditimpa musibah. Memang, memang tidak mudah bersabar untuk menghadapi musibah berupa sakit, tapi, sakit itulah yang mengingatkan kita kepada Allah.
Ingat pesan aku ni, cuba belajar hargai apa yg kita ada, sebelum ia tidak lagi menjadi milik kita.


Terbayang jika sekarang ni pun Tuhan cabut nyawa aku.
SubhanaAllah. Minta dijauhkan. Amin.


PASTFUTURE



Hate me? Click here.








WELCOME ;


Amirah Hawa. 20 years old. IIUM, Gombak.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



ASK.FM ;



FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

Malaysia's Next Top Blogger!
Royal Wedd - Jangan Terlalu Obses
Islam Dihina Lagi.
Fenomena Hantu Kak Limah.
Hawiey Nak Berhenti Berblog.
Fenomena Doodle Dodol.
Moral Blogger Malaysia Rendah.
Miss Malaysia Pondan?
ABPBH Live Streaming.
Ulang Tahun Ais Krim Sundae.