AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
blogger dos & don'ts. :)
Thursday, February 10, 2011 • 5:56 PM • 0 comments



hello kekawan semua. *joget-joget
semakin hari, semakin kerap aku berblog-walking'. dan menerjah shoutbox orang.
dan, aku tengok kan, raaaamai sangat yang buat tutorial di blog memasing.
aku juga perasan yang kebanyakkan tuto yang sama saje dengan satu sama lain.
tak tau laa pulak kalau dorang copy paste mana-mana atau sesama sendiri kan?
hish. jangan marah ye. bukan teguran pom. saje saje bagitahu.
tapi, tu ikut korang laa, asal korang puas hati dan bahagia, ye tak?


daan, hari ni aku bukan nak bagi tuto pape pon - walau aku ade cite pasal tuto tadi.
cuma, ade lah aku nak bagi tips sikit yee. pendapat aku sendiri ni.
kalau pendapat atau pandangan korang bercagah dengan apa yang aku tulis
kat bawah ni, sila click pangkah[x] merah di tab blog ni ye? fahaaaam? ;D


okeh. tips aku bagi ni, korang buleh nak meng-'copy paste' kan ke dalam blog korang.
tapi tolong ye, tolong kredit atas nama blog ni. susah payah aku menggerit idea untuk mengcipta tips walau tak seberapa ni, korang memandai-mandai saje copy-paste tanpa credit.
jangan buat aku bagi korang makan whiskas baru tahu.





tips yang aku bagi ni ala-ala panduan untuk membuat orang terus stay dalam blog page anda-anda semua yang sedang membaca sekarang ni.
dan aku ade kesan yang dah ade orang buat tips macam ni.
tapi tips dorang tu panjang lebar laa. jenuh jugak aku nak baca.
kalau tak percaya, korang cari laa sendiri. memang ade.
dan aku tak pointkan kepada orang-orang tertentu.
sape makan pedas, dia la terasa masin pedas nya.
sape yang tak makan pedas, dia tak rasa ape-ape laa kan? hoho.


okeh. jom proceed. :)
kalau ada point yang tak faham, sila meng-formspring kan soalan anda tersebut. oke?

  • pilih warna anda dengan bijak. warna font dan warna latar belakang tidak boleh sama sebab ia menyakitkan mata. 

  • jangan pilih warna kuning atau oren atau merah yang terlalu menjolok mata - warna yang garang, gelap atau terang. seelok-eloknya, guna warna muda atau pastel. striking colour, in the mood of ' not much ', is great bytheway.

  • jika menggunakan warna latar/ background hitam, seelok-eloknya, warna content anda warna yang terang dan cerah seperti putih atau ape-ape saje lah yang terang. untuk padanan colour atau palettes colour, sila rujuk COLOURlovers.

  • pastikan saiz font anda and juga jenis font anda boleh dibaca dan bukan berukuran saiz semut. jenis font anda seelok-eloknya dan umumnya juga, font yang senang dibaca adalah ARIAL dan GEORGIA.

  • kredit adalah perkara yang teramat penting. jangan sesekali mengambil apa-apa dari mana-mana tanpa pengetahuan pemiliknya.

  • jangan tulis dalam keadaan sTicKy caPs atau terlalu banyak twits / shortform yang seperti anda gunakan dalam kiriman sms seperti - aWak taHu X saIa jumPa oRang HutaNg xDi, diA kenYit maTa kAt ChaYe. teRus saYa jaTuH ciNtA KaT Dia taU tAk?

  • elakkan menulis seperti ini - saia gurlz yang coollllll sebab saiaa menullllliiisss sepertti innni.

  • menggunakan titik sahaja di setiap akhir ayat dan hanya menggunakan tanda baca simbol ' ! ' dan ' ? ' seminima mungkin. - hey yoo !!!! korang suka tak aku tulis macam nie??!?!?!?! haha!!!!

  • tolong jangan post benda yang pelik atau benda yang buat orang tidak faham dan juga post yang tanpa pengakhiran dengan shortforms yang terlalu banyak. saya pasti, AwoK bencI baCa seperTi iNi !!!!!!

  • entri yang mencarut-carut dan meleret-leret selalunya tidak dibaca atau bolayan sahaja. seperti entri yang emosional. jangan terlalu mengeluh dan merungut terlalu kerap dalam sesebuah entri.

  • pilih nama blog anda yang mudah diingati dan pendek. jika nama blog / alamat url anda seperti ini -
    sayasukasangatdenganoranghutansebabdiakiut.blogspot.com atau
    sayabudakbaikdancomeldanbaikdancomel.blogspot.com
    atau
    ohtidakkeretasayahilanglagilah.blogspot.com atau
    akuseorangyanggiladanseledangila.blogspot.com , sila ubah dengan segera. ini kerana, orang yang STM [ Short Term Memory ] macam saya ini memang tak akan ingat url anda.

  • jangan letak pop-up window / pop up alert messages seperti - " klik OK jika awak sayang orang hutan " atau " hai. jom bercinta dengan saya nak? " atau " selamat datang ke blog saya yang cute meletup-letup, kalah Erra Fazira. " ketika pembaca blog baru sahaja loading url anda. jika mereka membaca arkib anda yang 6 bulan lepas, ini bermakna mereka juga harus menekan pop-up window itu sebanyak 6 kali. ( bagi sesetengah kes sahaja ). dan ini, memang membuatkan connection yang slow bertambah slow. 

  • jadi bijak dan seringkali tulis perkara yang BETUL-BETUL lucu semasa menulis entri

  • berhati-hati dengan apa yang anda tulis. jangan tulis benda yang anda tidak pasti tentang ketidakbenaran sesuatu fakta terbabit.

  • jangan sesekali cuba meng-post apa-apa sahaja dalam bentuk ini atau bentuk lain. -.-'' - ƨαια α∂αℓαн ƨαια..ƨαια ƨƨαн cκιт иκ κωαи иɢи σяɢ..cσʓ ƨαια иʏ мɛмιℓιн cκιт..cσωιɛ ʏɛя яακαи2..вιαƨɛ иʏɛ, ƨʏ ʝяαиɢ тɢʋя2 σяɢ..σяɢ ʝɛ ʏɢ тɢʋя ƨʏ..ƨвв 2 ℓн ямαι σяɢ cκαρ, ƨʏ иʏ ƨмвσм..ρ∂нαℓ, ϰ ρи..нɛнɛ..ρɛαcɛ...!!^^ [ note : fully copyrigted to closed friend -.-'' ]

  • jangan cuba meleret-leret kan post anda. ini sangat membebankan pembaca. lenguh + letih = bosan.

  • tolong lah, tolong tinggalkan jejak korang sebaik sahaja anda habis meng-explore blog terbabit. tinggalkan jejak anda di cbox / shout mix disediakan. kalau tak ade, tak payah laa meninggalkan jejak ape-ape yee.

  • iklan yang hampeh dan terlampau banyak sampai loading tu meng-ambil masa yang lama. jenuh aku nak menunggu, sekali aku klik pangkah [x]. padan muka. wahahaha.

  • bagi blogger yang letak widget jam, kalendar dan sebagainya, sila tanya diri, ape kejadah dan motif anda meletak gadget tersebut

  • anda ada awek, ada pakwe? ada? oh, so what?! aku paling benci bila ada blogger menunjuk-nunjuk awek/ pakwe beliau dengan meletak gambar dan buat entri, puji pujaan hati beliau itu dengan bersungguh-sungguh dan bermadah-madah. weh la, apa kejadah semua itu? aku benci bukan sebab aku tak ada pakwe or aku jealous or something, dan, saya faham yang anda ' laku ' - handsome, lawa, jerawat sebijik pon tak ade kan, tapi, tak perlu lah lelebih pulak. menyampah tahu. ni bukan pendapat aku sorang, tapi commonly hampir semua blogger tak suka. sikit-sikit tak pe lah. oke?

  • jangan meng-amalkan " i follow, u follow ". ikut suka hati blogger dia nak follow sape-sape pon. benda ni tak buleh dipaksa-paksa. nanti, anda juga yang sakit hati sebab " u follow, i tak mahu follow ah sebab blog u tak menarik - buat ape i follow? i tak suruh u follow i pon ".





so, ini sahaja yang dapat ku senaraikan.
ikut korang laa kalau korang suka apa yang aku listkan tu ke tak.
aku tak kesah, oke? macam point 15 kata, saia adalah saia. haha.
dan aku pasti, mesti ade yang memang terasa hati dengan list tersebut. buahaha.
dan walau ape-ape pon, sila jangan guna penulisan seperti ini -









sekian. ;)


PASTFUTURE



Hate me? Click here.








WELCOME ;


Amirah Hawa. 20 years old. IIUM, Gombak.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



ASK.FM ;



FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

happy arnab chinese new year !
krisis yang berlaku di mesir, apakah?
aku kembali sudah !
brother louie & jakarta, here I come !
geram nya !
Result PMR ?
REVIEW : Ngangkung.
skins baru lagi.
happy korban !
OXCEL Youth Leadership Programme With Malaysian As...