AMIRAH H A W A ♥ ;
ABOUT ENTRY FLAVORS REFRESH +FOLLOW HOME
REVIEW : Ngangkung.
Wednesday, December 1, 2010 • 4:40 PM • 0 comments







Durasi Filem: 1 jam 41 Minit
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Pelakon: Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar
Genre: Komedi Seram
Rating Filem: PG-13
Tarikh Tayangan: 25 November 2010


Filem Ngangkung melatari kisah Azim (Shaheizy Sam), seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri (Eira Syazira) dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim (Azad) dan Wan (Angah Raja Lawak). Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.

yeah. aku tengok movie niey pada hari ahad yang lepas @ Wangsa Walks Mall. memang best gile arr. mulanya, tak terniat pom hati niey nak tengok movie niey. disebabkan movie Rapunzel Tangled dah full, aku dengan fam aku pom tengok movie niey. well, sebenarnya, memang dah terniat bila tengok sinopsis movie niey sebelum pergi pawagam. tapi, aku kan kanak² riang, sebab tu Rapunzel menjadi keutamaan aku. wohoho.

aku tak kenal sape tu Shaheizy Sam sampailah kakak aku bagitau yang dia niey dulu tak popular pom. tapi, sejak lakonan dia yg selamber je dalam filem Adnan Semp-it tu, baru lah name dia meniti di mulut² kita² semua niey, kan, kan, kaaan?
hihikk. hurrm. handsome gak ekk Shaheizy Sam nieyy.


[ aku paling suka imej dia dengan bibir berkeadaan dalam gambar di atas. wahaha. ]
aku sebenarnya pelat nak sebut tittle movie niey. bukan pelat sebab ape, tpi sebab aku tak pernah dengar perkataan tu. yang aku pernah dengar " cangkung " saje. hoho. then, kakak aku bagitau dua perkataan tu same saje maksudnya. herm. ntah betol ntah tak. aku rase kakak aku kelentong saje tu. wahaha.
disebabkan rase tak puas hati, aku search internet maksud ngangkung. niey ape yang aku dapat. hoho.

  • ‘Ngangkung’ ni sebenarnya ialah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut mestilah sesuatu yang sukar untuk dicari atau didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
  • 'Ngangkung' tu adalah perbuatan duduk di antara dua pelipat kaki (mencangkung) sambil melakukan pemujaan.
  • Ngangkung - bunyinya mungkin jarang didengar. Mungkin ada yang menganggapnya sebagai mencangkung. Cangkung, apatah lagi cangkul tidak sama dengan ngangkung. Ngangkung dari segi maksudnya berdasarkan filem Ngangkung ialah satu aktiviti atau perbuatan yang tidak bermoral, di mana pelakunya perlu menyeru iblis, hantu, jin, puaka, ifrit dan yang seangkatan dengannya sama ada menerusi tempat-tempat 'keras' yang menjadi tempat tinggal makhluk halus tersebut, atau dengan cara memuja peralatan-peralatan tertentu yang dipercayai memiliki khadam atau pernah digunakan untuk membunuh seseorang bagi mendapat nombor ekor. Kebiasaannya, khidmat bomoh atau pawang akan digunakan dalam usaha memanggil khadam (sekiranya menerusi pemujaan peralatan) atau penunggu bagi satu-satu tempat 'keras'. Apabila khadam atau makhluk halus itu keluar, bomoh akan meminta nombor ekor daripada makhluk halus tersebut.

hmm. oke lah tu kan. ade makna tersirat tittle tu. hm. time scene yang ade hantu² ape sume, aku 'paling'kan wajah aku yang mulus niey kat tempat lain dari screen pawagam tu. bukan ape, aku takut jantung aku gugur saje. sebabnya kan, tah pape, hantu tu muncul secara tetibe. terkezut beruk laa aku. aku niey bab hantu² memang aku tak suka, tapi aku suka tengok cerita hantu, tapi tak suka tengok hantu. ehh. berbelit pulak. hm. pape je ah. haa, lagi satu, aku memang nak tergelak terkencing ah time scene si Wan ( Angah RL ) numpang nencing, wahaha, ditambah pulak dengan suara merdu si hantu dalam gambar² niey ;

WAN ; ok. nenek, cucu mintak maap, cucu mintak numpang nencing dekat sini ye?

HANTU ; bila masa pulak aku kahwin dengan atuk kau ha?

wahaha. lawak gila time tu. pembaca² sekalian tengok sendiri ah movie niey baru rase lawaknye.
satu saje aku nk kritik, ade sesetengah part/ scene yang tak menjadi lawaknya. aku tau, part tu memang pihak pembikin movie niey target sebagai part yang lawak, tapi tak menjadi lah aku rase. tak kisah laa kan sebab banyaaak lagik film yang lawaknya ntah pape. kan, kan, kan?
pape pom, film niey memang mantop. dan aku rase, memang tak jemu & bosan kalau tengok banyak kali macam movie Zombie Kampung Pisang.



tapi kan, walaubagaimanapun, movie Zombie Kampung Pisang tetap menjadi kegemaran aku. hoho. ntah kenape, aku suka sangat tengok cite ZKP walau dah berpuluh² kali aku tengok. dan, aku dengar sekarang niey Mamat Khalid dah siapkan sekuel untuk movie tu? ye ke ekk? ye kan, kan, kaaan? ape tajuknya? Hantu Kak Limah Masuk Kampung? aii. tak de tittle lain ke? niey 1st time aku dengar sekuel sambungan movie/ drama guna nama lain selain letak perkataan " 2 " kat hujung tittle movie/ drama yang sedia ada. wohohoo.
btw, aku memang dah plan nanti nak tengok filem kesinambungan niey kat pawagam. kalu ade masa yang terluang laa, maksud aku. wohoho. tak sabar nee, yeah yeah, tak sabar sangat² nee.
[ joget², gelek² tak sabar. ] wohoho.












PASTFUTURE



Hate me? Click here.








WELCOME ;


Amirah Hawa. 20 years old. IIUM, Gombak.

Advertorial ll Product Review ll Events

 photo fb-t_zps1328608a.png  photo twitter-m_zps4bdc2ed3.png  photo etsy11_zps7384d8a3.png

 photo etsy-g_zpsc410ae68.png  photo mail-o_zpsbdecab00.png

FOLLOWERS ;






CHIT CHAT ;



ASK.FM ;



FEATURED ;

Majalah REMAJA 1 September 2011
 photo 310184_10150295658630902_49858780901_7782249_7975350_n_zpsba306029.jpg


ARCHIVE ;

skins baru lagi.
happy korban !
OXCEL Youth Leadership Programme With Malaysian As...